Thursday, December 29, 2011

Feeling . 2012 ~

"Sunat memberi salam dan Wajib menjawab salam, oleh itu kawan-kawanku"


Huhu . Korang tengok tajuk tu ? Ha , Minggu depan hari selasa, 3 Jan 2012 aku akan berangkat menuju ke rumah kedua ku~ ASRAMA .

Memang, pengalaman pertama aku di asrama sungguh menyeksakan pada mulanya, yelah baru nak mengenal erti hidup kan~ basuh baju, sidai baju, lipat baju, prep, kena marah ngan abg senior . warden yg bertugas grg cam singa, fly kesana kemari, lompat pagar . nangis tepon ibu nak balik, tapi ibu kata sabar , huuuhhh. 
HAHA

serius weh, bila ingat balik masa diri ini melangkah ke tingkatan satu , sungguh lawakkk . masih hingusan lagi. Nasib baik aku ada abang time tu, masa nak basuh baju aku taktau langsung, dia yg tolong basuhkan . huhu . baikkan ?sume dia yg buat .Eh eh, lari tajuk plak~

Barang sekolah boleh aku kata hampir 80% sudah siap. Barang asrama guna tahun lepas punya je~takpayah membazir. Cuma yang tak beli lagi ialah barang mandi~ . Macam manalah aku tahun depan, kawan baik aku dah habis sekolah,dia gi PLKN kat perak , huuu . nanges jap~


Aku stay aje de kat sekolah aku. Takde pikir pulak nak sekolah lain. Mak aku pun suruh stay . Tapi, dengan keputusan pmr aku, aku boleh melangkah kemana sahaja aku nak , tapi hatini dah melekat habis dekat sam sungai merab luar. sedih woo nak tinggalkan .tiga tahun suka duka, senangnya aku tinggalkan sekolah tu . Bak kata pepatah "Habis madu sepah dibuang

Tahulah kita nak mengejar impian tapi dalam masa yg sama, kita secara automatik bagaikan fikir bahawa sekolah kita tak mampu nak melahirkan cendekiawan, usahawan , korporat ataupun orang yang berjaya pada masa hadapan.

Aku tadelah nak emo kan~ tapi . hmm entahlah . sedikit sayu melihat sekolah aku, yang tidak berapa bagus infrastruktur dia, bangunan pun tak lengkap, dewan tak ade ,pejabat kecik. hmmmm .TAPI aku cukup bangga sebab sekolah yg kurang infrstukturnya ,dewan tak ade,bangunan tak lengkap nilah yg melahirkan orang yang berjaya tak kira dalam bidang apa jua. 

Aku rasa aku dah melebih2 karangan . Klah u oll, 

mulut menguap mataku berat,
sebelum tidur pastikan solat.

4 comments:

triple s' said...

HAHA . kesian anas ~
bese lha tuu hidup di asrama .
banyak dugaan ~

Anas Fikri said...

Hmm . Tulahnye . huhu

triple s' said...

hha . ape ape pon . awak semakin dewasa . HHA . tua dah lha .
semoga kita nyh dapat jadi senior yang baik . InshaAllah ~

Anas Fikri said...

InsyaAllah . Senior tu .XD