Thursday, December 22, 2011

PMR - Rasa-rasa ?

"Sunat memberi salam dan Wajib menjawab salam, oleh itu kawan-kawanku"






Saat entri ini ditulis tak dapat kugambarkan betapa derasnya perasaan ku kerana ianya bagaikan ingin mencurahkan segala rasa yang terpendam di sanubari.

Chewah chewahhhh !! kemain kau anas~ Huhu. Tadi kat sekolah ambil keputusan result PMR . Sebenar- benarnya kakak aku nak ikut tapi aku cakap dekat beliau bahawa aku lama dekat sekolah(nyesal weh bgitau camtu T.T) 

Pergi sekolah dalam kul 10 camtu , hamekaw , nasib baik aku tak datang awal cam kul 7 camtu kalau tak aku duk terperuk jelah menunggu keputusan yang tibanya pukul 10.30 . 

Ustaz Yaziz bawa slip PMR dengan begitu semangatnya dan agih-agihkan kepada beberapa orang cikgu(sebenarnya tiga~) yang mewakili 3 kelas. 3 SIDDIQ(kelas akuuu!) , 3 AMANAH dan 3 TABLIGH . 
10 orang dapat 9A dan itu je yang aku sempat ingat. Masa nak ambil slip PMR tu memang nervous la. Nasib baik ada Shukri kawan baikku. Aku dapat slip tu aku tak tengok A yang aku dapat , aku tengok aku ada tak dapat B atau C . Cis , ada ghupenye . Time nak kira A pulak shuk dah cakap , "Anas, kau tujuh A !!" . 

Walaweh , saat tu hanya tuhan je yang tau. Gembira macam nak lompat pun ada tapi ada mak bapak, so kaver sikit.Rasa nak guling kat lantai pun ada jugak . Aku asyik tanya shuk aje, "Betul ke nii, aku dapat tujuh A ??" lepas itu shuk cakap ,"Anas, ini dah kali keempat kau tanya aku(owh~ ye eh ? haha ..)"

Eh eh , aku asyik2 merapik aja , lupa nak bagitahu keputusan aku yang full punya. 
 
Oklah , PMR 2011 
Anas Fikri Bin Muhamad Radzi
BJ057K005
7A1B1C

kalau korang nak tahu ape yg B , apa yg C m korang kena terbeliakkan mata korang tengok slip ni .huhu
jeng jeng jengggg .

tahniah anas~hehe

3 comments:

The Fatso Zombie said...

tahniah anas =)

Anas Fikri said...

Terima kasih ..hehe:)

CikHasanahCikTeddy said...

tahniahh ! :D kira okaylah tu dapat 7 . sama dengan Shuk .. :)