Tuesday, December 20, 2011

Tips : Mingguan Wanita

Salam korang semua,lama rasanya aku x update tips . Hah, pagi tadi aku baru sahaja habis baca mingguan wanita. Mingguan wanita ni sebenarnya tidaklah khusus untuk perempuan sahaja,golongan lelaki juga boleh cuma majoriti pembacanya adalah wanita.

Mak aku, kakak aku suka baca Majalah ni. Dari edisi 2000 bape Tah . Menggunung tinggi. Tapi aku baru rasa nak baca sekarang T.T . Hehe . Aku dapati banyak informasi ye dekat Majalah ni , terutamanya bahagian Kesihatan. Salah satu tajuk aku tertarik untuk baca adalah :

ANEKA PETUA

1. Bayam atasi wajah berminyak


hamekaw

Ingredients : Segenggam daun bayam, Sedikit air(air putih),Sebiji kuning telur, Teh madu lebah

Ye, aku pun mengalami masalah ni juga. Caranya adalah , kita ambil segenggam(Gaya nak tumbuk orang) daun bayam dan kisar halus dengan sedikit water.And then, campurkan hasil kisaran tadi dengan sejibi biji tuning telur dan satu sudu teh madu lebah. Tempelkan pada
muka korang yang berminyak itu dan biarkan selama 30 minit dan barulah basuh. Lepas ni korang bolehlah suruh orang rasa kulit korang yang suci tanpa gangguan minyak . *peacetepipipi :)

2. Atasi masalah panau.


tompo-tompok yuu..

Ingredients : Arang batu, Kapur makan, Limau kasturi

Hah hah ! Kawan aku ada panau gak, kesian dia. Cara ni hanyalah untuk panau di belakang badan sahaja eh, korang jangan mandai-mandai tepek petua ni kat muka korang, kang tak pasal pasal aku kena saman. Ok, caranya adalah, kita perlu ambil sedikit arang batu lalu tumbuk dengan
sepenuh hati(hingga hancur) . And then, campurkan dengan kapur makan(kalau x tau amende nie, search tau) dan setitis limau kasturi. Lumurkannya , InsyaAllah kalau buat selalu, pasti akan hilang. :) .

3. Hilangkan ketumbit di mata.


nyah kau ketumbit !

Ingredients : Bawang Putih sahaja.

Okes, Tumbuk dengan sepenuh hati SEULAS bawang putih dan ambil getah bawang putih itu dan sapukan di bahagian ketumbit, lakukan 3 kali sehari. InsyaAllah ketumbit pasti akan hilang.


OK, Itu sahaja, aku malas nak ambil banyak banyak. Huhu.
Sumber petua : MAJALAH MINGGUAN WANITA(klik !)

No comments: