Sunday, January 22, 2012

Balik rumah. hoihoi.

"Sunat memberi salam dan Wajib menjawab salam, oleh itu kawan-kawanku"


Rindu aku takk ?? Cehh , hmmm , sebenarnya aku malas nak update but kang tak update kawan2 aku tak dapat nengok perkembangan aku~ wah, macam retis metis aku ni (artiss) haha . Arituh, aku demam, so balik umah, tapi malas nak update~ sememangnya selesema aku menghalang aktiviti harian aku. Yaa , lepas 3 minggu kat asrama n sekolah tercinta, baliklah aku, tapi 2hari lagi balik asrama pulak~. 

Serius weh, budak form1 sememangnyaa comel comel , aku cam nak toreh toreh je lemak kat pipi diorg bgi lekat kat pipi aku bagi comel cam diorg, aduhai . diorg dah la blur blur. pastu bajet tahu menahu lak, tpaksalah senior yg baik seperti aku ni ckp "Dik, err, kena pergi sini/Dik, kena wat camni/Dik , makan lambat lagi/Dik,bukan macamtu" . Ahaks! apahal ? korang nyampah ek ? lalalala~

Tapi memang sedih gila r, bff aku dah habis sekolah, masuk PLKN, botak abes dia, kena tebang la katakan~ Aku sampai nanges kat asrama weh~ Bapakla sadiskan~ takde kawan. memangla ada kawan, tapi xleh la share story mori secret. Alhamdulillah dia balik masa Raya Cina ni. Huuu . Memang tersenyum sampai ke pipi lah aku, huhu.

Hmmm ok , Tingkatan 4 ? Aku ambil Prinsip Perakaunan n Addmath . Sememangnya dugaan besar lah kan. Aku teringin nak cuba, InsyaAllah Alah pasti membantu walaupun aku ni lambat tangkap. Mak aku pun suruh cuba dan aku percaya mak aku sentiasa berikan yang terbaik terhadap masa depan aku. Bila masuk tingkatan 4 ni barulah terfikir nak jadi apa? apa cita2 aku?aku nak wat apa bila besar nanti, sememangnya akan terfikir, (kalau korang tak fikir tu, aku xtau la.) Ia berkaitan tentang masa depan. Hmm . huuh Tawaran sbp aku tak dapat~ tapi tak kisah pun sebab semua sekolah sama sahaja. Bersaing secara sihat , dari segi pembelajaran, cikgu2 semua bertaliah, ada yg bpengalaman dari luar negara. Buat apa nak fikir pula kan ?Kerja pelajar adalah belajar je.toksah pikir panjang~.

Aku risau aku takleh angkat je pelajaran yg aku ambil, doa-doakanlah ye. Cikgu cakap akaun ngan addmath kena orang yang rajin, ada konsistensi, sentiasa ulang apa yg cikgu baru ajar agar lekat dekat otak macam dah kena gam gajah.InsyaAllah.Innallah ma'ana. :D

No comments: