Saturday, September 29, 2012

AKU CUBA.

Salam,

Hmmm . Rasanya dah berapa bulan ye tak post ? Aku ni kadang2 update blog ikut mood. Malas nak menghadap sentiasa blog. Kalau cik Faizal Juhari tu, kemain dia. Semenjak dua menjak, tiga menjak, dan bermenjak menjak ni, bila diperkenalkan oleh aku bagaimana mahu membuat blog dan sebagainya. Semakin ketagih ye dia. Kalah tuan yang mengajarnya. Hehe. Bukan apa, aku malas nak mengupdate sebab , sebabbb ... entah .. hmmm .. banyak sangat sebab kot.

Hmmm .. Exco sesi 2012/2013 Asrama Sam Sungai Merab Luar. Aku pegang jawatan sebagai setiausaha. Aku terima jawatan ini dengan penuh tanggungjawab. Aku takut akan ditanya di akhirat kelak bagaimana aku menjalankan tugas yang diberikan ini . Aku cuba untuk lebih teliti dalam menanda kehadiran warga asputra. Kalau orang tu tak hadir, tapi kita tanda hadir, habislah duit sekolah melayang ke tangan acik dewan makan. Bahaya, sangat bahaya.Itu tidak amanah. Aku taknak dipersoalkan nanti di akhirat. Mula dari tahun ni, aku mula sedar, jawatan sebagai pemimpin itu sangat payah. Kesabaran dan kemahiran yang tinggi amat diperlukan. Tegas pula mengikuti dan amanah mengekori sebagai misi untuk menyempurnakan tugas pemimpin. Walaupun jawatan di sekolah aku hanya sebagai pengawas pusat sumber, aku cuba untuk menegur kesalah-kesalahan yang dibuat pelajar(kalau ada lah~) sebab, aku rasa menegur kesalahan yang dibuat bukan hanya terpikul di bahu pengawas sekolah sahaja, tapi seluruh warga sekolah. Dan juga tugas kita sebagai saudara seIslam.

Hmm, Sori mukaddimah aku panjang pulak. Hmm , PAT kian menjelma.
Peperiksaan Akhir Tahun. SETARA. apabila dimaksudkan setara, maka semua daerah akan menjawab soalan-soalan yang sama yang dibuat oleh jabatan pelajaran negeri. Maka disini, aku rasa tujuannya adalah untuk membandingkan prestasi sekolah-sekolah setelah semua silibus habis diajar(addmath lagi satu bab blom habis,ayoyooo).Hmm,harapan aku, aku nak buat yang terbaik untuk PAT ni. Aku nak tengok, macam mana hasil aku belajar dari awal tahun hinggalah ke akhir tahun.Apa yang aku dapat. Aku nak tengok semua tu. Apa yang cikgu ajar , adakah semuanya masuk kepala atau "Masuk telinga kiri, Keluar telinga kanan".Yelah , aku memang famous kat kelas aku, sebab asyik tidur aje, tapi bila jawab periksa markah ok ok je. takdelah yang gagal. Pastu ada orang selalu tanya "Ko bukan selalu tidur kat ke? Camne leh tak fail ?". Sakitnya hati. Tapi nanti aku nak jumpa cikgu, nak minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Aku selalu tidur time Sirah ngan BaSma2 . Hehe. Sungguh-sungguh jahat.

SMA bakal menjelang.
Trial SMA haritu, aku dapat jaiyid. Sedih tu sedih la jugak , sebab lagi 0.2% nak dapat jaiyid jiddan. Aku cuba buat betul Trial ni tau, sebab periksa UP1,PPT,UP2 semua aku buat main2 SMA. Akademik aku setakat ni , yang membanggakan BI jelah yg A semua periksa , Yang lain takyah cakap. Wat segan je. Lagi2 Addmath n BAT . Kecewa gila.

Masa balik rumah 2 minggu lepas, mak aku tanya camne trial SMA,aku cakap lom dapat kertas-kertas lagi, baru habis jawab semua. Lepastu mak aku cakap , nak aku dapat mumtaz. "Ibu teringin nak tengok anak ibu dapat Mumtaz". Adoyai nak melelehlah airmata ni. Harapan mak aku, beliau nak melihat anaknya ini(akulah tu) untuk menjadi Pakar Bahasa. Pakar bahasa Arab,Melayu dan Inggeris. Aku pun,hmmm , ada terfikir gak, yelah sebab sebelum ni kan, aku selalu terfikir, cita2 aku ni sebenarnya nak jadi apa ek ? hmmm , bila mak aku cakap nak suruh aku jadi Pakar Bahasa, aku pun rasa cam, hmm boleh jugak tu. (maksudnyer, takdelah aku ikut je ckp mak aku, cuma aku rasa,aku sesuai gak) . Jadi, aku mula tanamkan azam, demi keredhaanNya dan kegembiraan orang tua. Aku cuba.






1 comment:

cikbibcome said...

insya allah berjaya...cik bib doakan