Thursday, October 25, 2012

Takut

Salam.

Hmm.. (kalau korang perasan, setiap post aku ada hmmm.. haha) ..
Entri kali ini dengan semangat yang mendadak-dadak (betul ke ayat ni ?),
Aku nak ceritakan, ceretera tentang diri aku. Diri aku yang sungguh,Sungguh tak berani.


Masa aku sekolah rendah. Aku boleh dikatakan budak yang baik, mengikut peraturan dan kadang tak. Aku jalani kehidupan seperti orang biasa dan hari-hari yang aku lalui sama sahaja. Yelah budak kecik kan, mendelah sangat setakat gi sekolah belajar, jumpa kawan n balik. nothing special.(bagi akula), but I once know my complex when I was 12 years old.

Time tu akhir tahun, biasalah dak yg bru abis exam upsr, mesti ada prtandingan-pertandingan bagi mengisi kekosongan ruang hidup jiwa dan raga mereka di sekolah. Dan aku pun, cuba untuk menyertai satu pertandingan . Pertandingan sajak. Belum wat preparation apa2 pun aku dah heboh kat family aku time tu aku masuk pertandingan sajak(sajak pun belum wat). time tu aku rasa memang ohsem la becos I've done nothing special masa sekolah rendah. So kira bila aku masuk pertandingan tu cam Ayam Bertelur Riuh Sekampung.

So, nak dikatakan sampai je hari pertandingan, bila nama aku di panggil naik ke pentas, aku dengan berkobar-kobar cuba utk mhafal sajak yg ada kat buku teks bm darjah 6. Naik ke pentas,aku pandang semua yang ada, pandangan aku mulai kabur, hati aku berdegup semacam terlebih laju dari biasa, aku rasa pening-pening lalat dan tiba-tiba rasa semua yang wat persediaan macam tak kena. Aku jadi blank, kaku, pegun dekat atas pentas. Senyap seketika. Sungguh, at that time I'm so so speechless. Tak tahu nak kata apa. Semua mata pandang kat aku, dan lepas beberapa saat kemudian aku cuba untuk keluarkan bait-bait sajak yang aku ingati. Terketar-ketar, menggigil, kaki aku rasa cam nak tercabut. bila loceng berbunyi tanda masa psembahan dan habis, aku turun ke pentas dengan perasaan yang sungguh-sungguh malu.

Ayooo , time tu rasa cam nak pindah sekolah aje even benda kecik, dan aku sedar time tu aku xde self confidence. Aku nak mula mengubati keyakinan aku, tapi aku takde pendorong, xde yg bagi semangat. aku tak bagi tau keluarga aku. aku. .. ntah.

Sampailah aku mula masuk sekolah menengah, aku berkenalan dengan kawan abang aku , budak f2. nama dia Faizal Juhari. Dia lah pendorong aku untuk mengatasi kelemahan keyakinan aku. And one day, ada pertandingan, pertandingan syarahan. Aku cuba berlatih ngan dia, sebab dialah yang top kat sekolah, kalau ada pertandingan-pertandingan , dialah yang kaut semuanya. Dia pun masuk gak. Bersama dengan kawan nya yang baik lagi satu,f3 Shukri . Jadi masa pertandingan, aku cuba buat yang terbaik. first , tgok penonton, senyum, tenang , pejam mata sekejap, tarik nafas dan mula bersyarah. Bila bersyarah , aku rasa puas. even time tu aku dapat tempat ke-3.. no 1 ngan no 2 mestilah diorg dua tu. Dan dari situ. aku dapat self confidence dan dapat semangat macam nak buat lagi. Rasa seronok.

Dari hari tu, aku mula menceburkan diri aku dalam bidang kesenian, kebudayaan. Bersyarah, berpuisi, bercerita,bersyair,brpantun dan aku mula lihat diri aku disinari berbanding dulu. Aku banyak wakil sekolah, haha. tapi menang tu kadang ya kadang tidak. Aku suka berpantun, dan aku wakil sekolah dari form 1(2009). Masa tu kalah, lepastu tahun depannya cikgu kata xde pantun sebab sekolah xde bajet. lepastu tahun depan lagi(tahun 2011)aku ngan kawan2 lain masuk pantun, dan kami johan daerah, kami ke peringkat negeri . sama juga seperti tahun ni, kami johan daerah dan wakil ke peringkat negeri(tapi kalah, isk isk )

Kini,aku mula senang dengan diri aku. aku dah ada keyakinan untuk bercakap dihadapan. So, bila ada event apa2, aku jelah mangsa untuk jadi pengerusi majlis. tapi x pe, ia melatih diri aku. Bukan senang nak cakap di hadapan, tapi percayalah kalau kita tak atasi sekarang masalah ni, bila lagi?just believe in yourself. kalau aku kat depan , aku percaya semua orang nak dengar apa yang aku cakap because you are the main attention.So buat yang terbaik supaya org yg tengok tak bosan lagi2 juri.  tapi kalau orang selalu ke pentas ni, orang selalunya gelar capub= cari+publisiti. bagi aku mereka salah. Haha, pemikiran mereka terlalu sempit . 

Hmmm, kalau dari segi sukan aku kurang sikit, sememehlah nak ikut. malas. tapi tahun ni , aku mula menceburkan diri dalam ko-kurikulum. masuk kawad, gi kem koperal (krs), lepas tu dapat koperal gi kem sarjan/staf sarjan. Best!

Huhu,Bila kenang balik, aku gelak sendiri dengan kisah aku ni. Aku bangga juga sebab dapat atasi masalah ni. Bersama rakan2 karib yang tak lekang memberi dorongan . Sangat2 membantu dan ofcosla family yg tercinta ! hehe. Aku sangat2 bersyukur kepada Allah kerana memberi rasa berani dalam diri aku. Alhamdulillah.

Ok, penat berceloteh. sori kalau ayat tak kena dengan bahasa dan mengguris rasa pihak yang sedang membaca , life and tide wait for no man~ ini pengalaman aku, pengalaman menentang , menentang rasa yang Takut.








1 comment:

nurin huda said...

jadi mangsa..? hho:) siannye~
pantun :p