Friday, January 25, 2013

Berat.

Salam,

Hi semua, aku sesaje mencuri masa untuk menulis blog entri yg pertama untuk tahun ni. Sangat tak cukup masa. Huhu, Well, aku citekanlah keadaan aku kat sekolah.

Kat Sekolah.
Seram. Itu je leh aku cakap, jadi tingkatan 5 susah kot. Nak gi sana sini, tolong cikgu, kerja rumah lom cakap lagi ,bertimbun pulak, dengan buku skrap bm berjuta2 perkataan, folio akaun,  pastu dengan amanah yang di beri, hmmmm , apa2pon aku tetap yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan aku. Cuma tahun ni hambar bagi aku sebab ketiadaan rakan baik menemani di Asrama, hmmm cane ek nak cakap, susah nak luahkan camane, papepon , aku teruskan, life must go on ,

Kat Asrama.
Exco. Hmmmm , bersyukur sangat dapat jawatan Setiausaha ,walaupun orang cakap kerja ni leceh but bagi aku ok je sebab takde komunikasi antara orang lain, aku just catat, catat n catat. nasib bek tulisan cantiklah sangat. Kerenah budak form 1. ada yang baik , ada yang malu2 kucing , ada yang besar dari aku, ada yang kecil, ada yang comel, pape jelah. Cuma walaupun dapat dorm sama tahun lepas, still rasa sunyi sebab takde Wan ngan Udin(duk luar). serius kot, rasa lemah je lutut, tanpa diorg aku tak dapat berdiri ngan betul, akuuuu .. huuuhhh sedih tol lah, taktau nak cakap camne.

Last, aku perlu kuatkan diri aku, mereka tak boleh bersama aku di setiap masa, kawan boleh di cari tapi sahabat sukar di ganti. Tahun ni tahun terakhir aku, biarlah aku meninggalkan sisa yang terbaik di bumi sam smile sebelum melangkah ke alam pra-dewasa. korang tau tak, kalau boleh aku taknak tahun ni habis, aku takut aku dah tak boleh dengar cikgu Zila marah2 aku sebab tak bertugas kat ICT, cikgu Azilah ajar addmath tapi diri ini selalu lambat pickup, masa BA stam, syariah stam, n usuluddin adalah kegemaran aku untuk tidur. marah budak2 form 1 sebab tak solat sunat, menjerit kat budak dorm yg selalu memekak sebelum tidur,menyanyi kat tandas sampai budak dorm sebelah suruh senyap,baju, serius aku taknak tinggalkan. kalau boleh aku nak rakam , nak simpan semua kenangan gelak aku kat samsmel, sebab aku tahu lambat laun akan juga sampai masanya aku perlu berpijak di bumi yang nyata, di bumi yang dimana bukan lagi bernama samsmel. Perkara ni berat untuk aku tinggalkan, sangat berat.

No comments: