Wednesday, February 13, 2013

Dengar .

Salam,

Hmmm, sekejap lagi nak balik dah, sekejap je rasa cuti kat umah. Papepon, sepanjang cuti ni, aku rasa baguslah gak, sebab sebelum ni bila balik umah je, buku tu macam invisible je, masa nk balik barulah terperasan(eh2 keje sekolahkuu) , sekarang ni dah boleh ingat dunia sikit, masa banyak dihabiskan dengan membuat kerja sekolah,dan buat pantun gila banyak .

Taktau nak cakap apaa, tapi kat sekolah ustaz aashif selalu pesan, Ingat Allah, Allah ada kuasa makhluk takde kuasa, Allah yang buat langit dan bumi.

Suka masa ustaz doa lepas bagi tazkirah maghrib, Ya Allah ,kami tak pandai khusyuk di dalam solat, kau tunjukkanlah kami caranya, Ya Allah kami tak pandai nak bertaubat, kau tunjukkanlah kami caranya. Kena ingat ya, bila kita ingat Allah, syaitan pun tak berani nak kacau kita, sebab time tu Allah pandang tepat pada hambanya yang memanggil namaNya. Ada aku dengar satu ceramah kat surau aku, kalau nak senang ingat Allah, setiap detak jantung kita cuba sebut nama Allah, tapi penceramah cakap itu biasanya ulama' yang buat, takut kita tak dpt catch up, cuba wat guna jari telunjuk gerakkan selari dengan menyebut Allah banyak kali. :D


No comments: