Wednesday, August 7, 2013

Raya

Salam . . .

Sedih kot nak tinggal Ramadhan , serius sebak . . .Rasa cam banyak je benda tak buat lagi tau. . .

Tapi Alhamdulillah terawih tak tinggal, kalo tinggal rasa rugi sesangat sebab terawih ramadhan
ni tak sama dengan ramadhan tahun depan, terawih pada 1 ramadhan tak sama dengan terawih
1 ramadhan tahun depan. tak dapat diganti, rugi kalau tak buat.

Dalam berpuasa ini berperang dengan nafsu untuk membuat persiapan Percubaan SPM, nak
buat betul betul. Semangat bila ada orang motivate atau pun membayangkan aku ini adalah
pelajar cemerlang SPM 2013. cewahhh, tapi serius, ini bukan main2 , kena gandakan usaha.

Walapun begitu, dalam kesungguhan selalu terlupa kepada yang Maha Esa, tak guna juga kalau
berhempas pulas tanpa redh-Nya, apalah erti. Perlukan bimbingan .

 Mungkin diri ini selalu tidak menghayati erti Surah Al-Fatihah ketika solat ? atau mungkin diri ini selalu malas untuk melakukan perkara perkara sunat yang mendekatkan diri pada-Nya?mungkin . . .  Perubahan perlu dilakukan. Ikhlas itu perlu dalam mencari keberkatan ibadahku padaMu ya Rabb.

2 comments:

Muhammad Syahmi said...

Tahniah sebab tak tinggal tarawih. Bukan mudah untuk seorang anak remaja untuk kekal konsisten beribadat dalam bulan Ramadan.

Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda, juga memudahkan dalam berhadapan dengan SPM nanti. Amin...

Anas Fikri said...

Amin ya Rabbal-alamin