Saturday, September 14, 2013

A day at National Library and PIKOM PC Fair

Salam~

Nak cerita masa pergi Perpustakaan Negara dan PIKOM PC Fair. taktaulah pikom tu stand for apa . Kalau perpustakaan ni, ofkoslah dianjurkan oleh bahagian perpustakaan dan media Sam Sungai Merab Luar. Well, I could say this visit was a great moment for me and my best friend (kawan2 bek pun pengawas perpustakaan,cayalahh) Takdelah monyok aje tengok kedai2 sorang. What the forever alone.

Tarikh dia hmm bila ye, tapi masa tu hari Sabtu dan masa tu jugalah sekolah nak wat jamuan hari raya kann..
Budak ps macam , nak gi mana ni ?? first , aku fikir nak tinggal je kat sekolah. Lagipun duk asrama leh rehat2 . Biasalah pikiran dak asrama hari sabtu rehat petang2 n basuh baju dan keluarga akan melawat. Tulah, aku cakap kat khaiz takyah pergi sebab time tu tengah trial SPM. Tapi sebab amzar yaasiin zulkarnain udin suruh gi termasuklah khaiz yg first menyokong(beralih arah,haha) pergi mendesak aku . cehhh lalu aku dengan hambarnya pergilah lawatan walaupun rasa jamuan raya cam acano gempak benor.Yelah boleh tayang baju melayu baru kan... tapi bila pergi lawatan ni. Best sangat. Klah aku ceghite, mukaddimah panjang benor ye.


tengok dari kejauhan~

bergambar sebelum bertolak

ustaz Naim,Sir, dengan ustaz Aziz

Sebelum pergi tu cikgu dah groupkan da kumpulan jadi bila berjalan kena bersama. Kitorg dapat group sama kecuali zul. Kesian dia, tapi dia tak kisah pon, sebab jalan juga ngan kitorg. Cikgu wat camtu sebab taknak bagi hilang dan tahu siapa yg tiada.

Sir kamal,Ustaz Naim dan Ustaz Aziz pun ikut. (2 ustaz tu guru praktikal). Sir siap bawa kertas trial math spm kitorg pulak masa pergi lawatan ni sebab nak tanda bagi habis cepat ,nasib baiklah kamceng XD. Sampai Perpustakaan Negara awal. Awal sangatttt.



Sampai ikut pintu belakang. Ahahaha . Pastu dia bagi plastik n pekerja suruh kitorg jadi member Perpustakaan Negara. kena sign up dekat komputer. Lepas tu menjelajah satu bangunan secara roughly, lepeas itu pergi tengok mikrofilem. Surat khabar dulu2 yg disimpan dalam filem2 . Dah habis tu keluar dan pergi ke Car Boot Sale anjuran Perbadanan Kota Buku . Diorang ada wat jamuan raya. Tak sia2 gi, ada gak jamuan raya T_T. Khaiz suruh aku ambil sate tapi aku malas tapi bila sume dah mintak aku gi jelah . Ramai gak tunggu.





menunggu~

Tiba2 je ada abang datang kat aku.
"Awak Anas Fikri yang pandai sajak tu ke ? " (acano kenal aku?)
aku cakap takdelah sangat. pastu dia suruh deklamasikan sajak kat depan org tgh berjual . Aduhai aminyoyoyo . Abang tu dengan begitu berapi semangatnya menyuruh orang lain mengambil sate utk aku. Yeah save masa~ Dia bawak gi bonet keta entah sapa dia suruh ambil mana aje buku pastu pilih sajak yang nak buat. Dia bagi masa 5 minit. Ohoi bajet pro lak . Aku nyer suara dahlah cam suara angin. Aku gi kat kawan aku, aku gitau diorg, habis kecoh . Yang nak makan jadi tak makan , sir turut terlibat dalam terkena tempias ini. Haha .

Pastu bila abang tu panggil dengan suara besarnya di mikrofon tu, aku gi pastu aku deklamasikan sajak. Tengah syok tiba2 ada seorang makcik (lingkungan 50-an) dari tak berapa jauh tanya "sapa penulis sajak tu ??" . Aku cam terberhenti dan tengok muka depan buku pastu gitau "D. Kemalawati" .Pastu puan tu angguk2 . Oh lupa nak gitau ramai gak rakam aku. Haha. Habis sajak puan(she actually the owner of the bonet keretalah.. ) tu ucap time kasih dan hadiahkan aku buku tu. Aku bagi sajak 'Tersenyumlah' by D.Kemalawati , penulis sajak Acheh. Karya beliau banyak berunsur kesdihan dan kebanjiran// pasal tsunami

Oh ya rupa2nya the owner of the bonet kereta is sasterawan. I was like trololol . Zainon Ismail. kitorg tangkap gambar dengan beliau. Yang pakai tudung spek hitam tu kawan puan Zainon kot, beliau kata kawannya tu akan pergi Thailand nak beritahu tentang budaya melayu.


ternampak kereta cool 

Lepastu gi KLCC. Sebelum tu solat zuhur dekat masjid yang berdekatan. Cewah berdekatan sangat. Dah habis gi dekat dalam hall karnival tu. Sesak dan padat. Semua brand elektronik ada. bukan pc je, tapi banyak . Aku beli mp3. Rm29.90 dengan sd card 8gb. At least ada lah keluar duit raya tu. Oh lupa nak gitau masa car boot sale aku ada beli buku novel inggeris Rm10. tapi tak baca. aku beli sebab tengok acik tu sorang2 takde sape nak beli T___T





khaiz beli 3 mp3. dengan satu headphone. biarlah dia. duit dia kan. udin tak beli pape (sebab dia da de iPod kt umah, bleh la cer) zul dengan yaasiin
tak beli. amzar beli gak mp3 tapi masa sampai kat asrama kitorg cek dia nyer takleh on. lol bateri habis.

balik~kul 4camtu kot

inilah acik yg aku beli buku tu.

merekalah yg memberi nama saya kepada abang itu. haha

salam .




No comments: