Monday, April 7, 2014

New Experience kott


Salamm ..
Yuhuuu , baru abis operate tadi .. Datang awal pulak. Lama gila nak tunggu bedah. Aku ingat aku bedah kat katil yang aku duduk tu (kat gambar). Sebab tengok sume patient lain yg kat sebelah(budak darjah 1) dengan sebelahnya pun kena terus bedah kat situ.

Bila namanya kanak2, memang diorg punya kuasa menjerit tahap ultraman memang tak dapat dinafikan. Yang lawaknya kan, budak sebelah aku yang darjah satu pompuan tu , sebelum dia bedah, dia cool gila. Sekali dengar budak sebelah dia kena bedah menjerit2 tahap gila ultra level(sebab budak tu baby, haruslah mengilai) terus dia pun kena rasuk gak. Doktor datang kat dia dia terus panggil ibu dia. haha. Aku malas nak tengok drama tu aku pun tidurla dengan baju bedah yang gila besarr.

Tiba2 aku terbangun, pandang dak sebelah aku tadi tu, dia da selamat dibedahkan, haha aku tak pasan, bapak gempak kot. Nurse datang kat aku cakap "anas fikri, jom pergi jalan kaki ke dewan bedah"
Aku pun ikut jelah, pastu dia nak tengok consent untuk ibu-bapa. Masa tu ayah tak datang, so nurse lagi satu cakap takboleh, kena ada parent untuk sahkan. So diorg call ayah n ayah datang. Pastu borak2 kat katil sambil tunggu turn bedah. Nama kena panggil dan aku pergila mengikut nurse keluar dari rawatan harian tu.

Baring kat katil pastu nurse tu tolak cam troli ke dewan bedah. Ayah tunggu kat bawah. Bila masuk bilik bedah kan, I can't help myself from trembling all the time. Sejuk gilaaa ... bila proses pembedahan dah bermula, dia bius , dan aku pun tak rasa pape, dan tiba2 habis. Operate benda kecil pun lama, apatah lagi operate yang besar2 kan ? Mesti lama laagi kan ? Huuhhh bersyukur dapat keluar bilik bedah tu. Lepastu dapat makan. best gilaa, dari pagi tak makan, kul 3 30 petang baru dapat makan. Lega sangat (Alhamdulillah) . Ayah datang lepastu tunggu surat pelepasan doktor dengan surat mc. Lama gak tunggu. Dah dapat lepastu terus bersiap2 balik. Bila berdiri je rasa kat bahagian pinggang tegang. Mungkin sebab bahagian tu baru sahaja kan di jahit, so mungkin tertarik whatsoever aku tak nak fikir. Nak tengok apatah lagi.

Experience baru , baguslah. harapnya dah takde lagi,HAHAHA. Surat MC dapat cuti seminggu gila lamaaa. Aku fah risau dah pelajaran STAM. Apatah lagi debat negeri. huuuhhhh seram sejukk kot. Masa debat zon pun sama gak aku tak datang seminggu. Aku taknak buat lagi camtu, tapi datang pulak. Takpelah ada hikmahnyaa . Aku percaya huhu. subaibai

No comments: