Saturday, May 3, 2014

Hope

Assalamualaikum semuaa ..

Apa khabar ? Moga baik2 ye. Dari jauh dilayangkan doa agar sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan inayahNya ya. Hari2 yang semakin mendatang membuatkan aku semakin tersedar daripada lamunan. Lamunan yang membuatkan aku sentiasa tidak fokus terhadap tujuan utama di sekolah iaitu peperiksaan STAM. Boleh kata, aku sangat sangat bersemangat untuk ke sekolah, sebab aktiviti ko-kurikulum.

Sekarang, Debat Bahasa Melayu dah pun berakhir. Maka , tidak boleh tidak, perlu aku berdiri betul di laluan yang benar bagi memberi fokus total buat fizikal dan mental, jasmani dan rohani ini. Bila debat dah berakhir, aku sendiri boleh menyaksikan perangai aku yang bagaikan tidak bersungguh-sungguh ketika belajar. Ya Allah, bantuin Nabila ya Alloh !(sinetron Mutiara Hati). Rasa risau tu dah tak boleh kemana lagi, asyik2 menjerut aje kat jiwa. Tapi, satu perkara juga bila cikgu-cikgu selalu tak masuk kelas. Membuatkan aku sentiasa meneruskan misi untuk terus dan terus maju dalam aktiviti tidur. Contoh, macam hari rabu lepas, dua cikgu je masuk. Sebelum rehat seorang guru dan selepas rehat pun seorang guru. Alahai banyak masa dirugikan oleh aku dengan tidur.

Satu lagi perkara, adalah pelajar2 tinggalkan semua buku dekat kelas. Kelas kami kat makmal, jadi baaanyak almari kosong yang dijadikan tempat buku untuk semua pelajar dalam kelas(bilangan ahli kelas seramai 47 orang) Bayangkan lah macam mana tidak fokus kalau nak belajar pun buku asyik2 tertinggal kat sekolah(ini masalah pelajar asrama pula!) Huiiihhh banyak perkara perlu di touch-up kan ?

Apa2pun doakan yang terbaik buat kami pelajar2 stam di salak tinggi ye sahabat2 sekalian. Sorang dah keluar dah. Pergi ke Darul Quran. Agak2 final total pelajar stam berapa ye ? Moga kekal . Aminn

2 comments:

cikbibcome said...

anas, mungkin anas boleh ambil supplement untuk mengurangkan penat dan kuat tidur tu. Ramai kawan China kat ofis cikbib bagi anak mereka makan ginko biloba...

Satu cara lagi untuk bagi mata segar adalah exercise. Salah satu sebab kita mengantuk adalah darah tidak cukup oksigen dan untuk mengatasinya adalah dengan exercise...

It's just a proposal...

Anas Fikri said...

Tq cikbib. I'll follow your advice for sure. Yang exercise tu, kalo nak beli suplemen mungkin kena save duit cket. heheh
Jangan lupakan doakan anas =)