Friday, July 25, 2014

Sedar

Sedar aku sekejap cuma

Kelak nanti seperti biasa

Kekal hanyut di arus sama.


Sedar aku sekejap cuma

Tanpa tali aku manusia

yang fitrah acap terlupa.


Sedar aku sekejap cuma 

Kumohon agar suluhi sentiasa

Dari duri,kaca pidana.


Sedar aku sekejap cuma

Padamu Allah kupanjat doa

SEDARKAN AKU KE AKHIR MASA.


No comments: