Monday, November 17, 2014

Dunno

Salam..

Dalam kita merenung masa sekarang ni, kita mesti perasan kan bahawa cepat je hari hari berlalu. Apatah lagi orang yang dah habis periksa ni dan duduk ajelah kat rumah tak buat ape2. Sungguh tak produktif I must say. Bila mengenang masa tingkatan satu dulu masa first day kat asrama(sebenarnya time tu sedih sangat dan agak merajuk dengan menyenyapkan diri setiap saat dan protes taknak bercakap ngan orang lain) kawan abang saya,iaitu syadiq telah berkawan dengan saya T__T ngan kawan abang ajelah time tu rapat. Syadiq cakap "Kau form 1 kan, alah jangan risau, LAMBAT lagi PMR " .

Percaya atau tidak kata2 tu tersekat di dalam ruang otak dan terlepas peluang mengikut peribahasa "masuk telinga kanan keluar telinga kiri " ia melekat setiap kali aku mengimbas kembali pasal Masa. setiap kali orang cakap "cepatkan masa berlalu " Aku selalu jadikan ayat tu benchmark aku untuk mengukur cepat atau tidak masa berlalu. And believe or not,  now I am almost 18 years old. Alhamdulillah.

Aku takdelah nak berceloteh panjang, tapi aku selalu fikir tau.. maybe sebab aku suka baca manga kot, aku selalu fikir bilalah proses nak menuntut ilmu nak habis. Masa nak pekse pmr, asyik2 kena stop dari wat benda yang kita selalu wat(baca manga dan lain2) dimana aku dengan pesismisnya mengeluh"aduh bila nak abis baca buku" lepastu bila nak spm plak camtu gak tau. Time tu aku tak suka manga bleach lagi sebab time tu Naruto je kegemaran dari kecik. Bila baca manga bleach tu chapter 1, aku terus suka. Tup2 baru pasan time tu nak trial spm . kemain aku nak kelam kabut siap janji2 bagai kat diri "ok anas ko boleh baca sepuas2nya bila da abis spm, ingat tu" . Sayang seribu kali puluh jutaan sayang aku memungkiri janji aku dengan menghabiskan semua 500 chapter bleach sebelum spm T_____T. But I guess ok lah kot, leh rasa thriller bila nak spm. Ye la tu anassss. kemain ko terbelek2 buku syariah islamiah mengenangkan tak abis baca manasik haji. susah kot bab tu huuuu

Tapi sama je, bila abis spm, ada stam lagi. to be honest, aku bukan tak suka menghafal, aku perlukan mood2 untuk menghafal, ala2 di tengah pulau ke. aku siap gembira lagi tau bila da abis SMA masa f4 tu sambil cakap kat diri "ok anas, kalo sma hafal, spm baca aje , ko boleh anas" haha boleyyy la tu. tengok2 bila time spm lain pulak aku nak"hmmm bestnya kan kalo subjek spm kena hafal, takyah fikir2 jawapan, hafal tu lah jwapannya." datang seterusnya amik stam lagi terkial dengan 10 subjek tapi dengan 10 subjek tu lah menjadi bunga2 untuk diri aku dalam menjadi orang yang beragama.kan??

p/s: esok SMA 2014 start. May f4 Sekolah Agama Menengah boleh menjawab dengan tenang dan diberkati Allah. bak kata kak Fatin Liyana "Kalo masuk dewan kaki kiri, GOSTAN balik"

No comments: