Sunday, November 2, 2014

Perlahan-lahan

Dimana aku rasa nikmat dalam berkawan,

Aku terlupa wujudnya kurang dalam kelebihan,

Dimana aku bahagia dalam hubungan,

Derita menyusul di kamar gembira,


Mungkin ini silapku dalam mencatur,

Tidak bukan aku tak jujur,

Dalam dunia; berkawan ini penuh kepura-puraan,


Berniat sendiri namun harus aku berdiri,

Dan untuk ituku sedar sendiri itu sunyi,

Kau bantuku bangun untukku jatuh semula,

Perlukah aku teruskan keghairahan dalam kepalsuan?


Bukanku lepas apaku genggam,

Ku kekal secebis moga kau hilang,

Perlahan-lahan tiba akhirnya,

Tali ilusi ini ku putus.

p/s: just volunteering other's thought~hehe pls don't anticipate this as my own feelings yea.

No comments: