Saturday, December 13, 2014

Daurah di Banting

Salam semua, sihat tak seminggu ni? Kalau sihat, Alhamdulillah, kalau tak pun kita kena bersyukur juga kerana kesihatan itu adalah pemberian daripada Allah, maka apabila Allah tarik hanya sedikit dari apa yang kita ada, itu bermakna Dia mahu menguji tahap mana keteguhan hati hambaNya.. adakah hambaNya itu masih lagi bersyukur dengan ujian yang telah diberikan..

Sepanjang minggu ini, saya telah berdaurah di Banting, di Bandar Sri Ehsan to be precise, ekoran daripada kakak saya yang ke Jakarta(rancang mahu mmbantunya dulu) tetapi dapat jemputan awal daripada abg yg mgendalikan program ini. Maka saya menawarkan diri dengan rela hati utk menjadi pemudah acara bg daurah anjuran jais ini.

Tidak dapat tidak, saya perlu memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang direncanakan, biarpun pada hari kedua saya telah jatuh sakit, sejuk2 , batuk2,(tekak paling perit woo-- utk pgetahuan smpai skrg masih batuk2 lagi) tempat tinggal yang disediakan bagi fasi lelaki adalah di tadika yang telah di beri utk kami menetap, selama seminggu. utk pginapan fasi perempuan di rumah pemilik tadika itu sendiri, cik pah, tq ye cik pah, belikan makanan utk kami setiap malam, kalau x pun, masakkan makanan utk kami..bersyukur ya amat.. hehe

Kemain skema ayat di atas kan? haha ini kalo amik spm bahasa melayu mesti A+, hehe bangga cikgu Ezura, tapi takpe, dapat A pun bersyukur.. Saya dapat kumpulan yang sangat sporting dan peramah semua ahlinya. Kalau dah tak beri respon tu, kami adakan game2 bagi mencelikkan minda mereka. hehe.. terus terang, saya diberi bab akidah, utk mengajar secara mendalam , sudah tentu tidak, tapi utk asas2 nya insya Allah.. Kami fasi2 perlu menghabiskan bahagian bahagian yg di dalam modul yang telah diberi oleh pihak jais seperti, akidah ibadah hadis alquran dan tajwid jawi akhlak sirah dan sbgainya... agak susah sebab para peserta terdiri di antara 8 hingga 14 tahun maka utk cara penyampaian perlu lebih mudah difahami dan santai. corak penceritaan akan lebih menyenangkan para peserta .. sebab tu saya suka bercerita... masalahnya bila saya banyak cakap ialah saya akan cepat takde suara, ada apa2 cara? kalo ada moleklah dikongsi bersama..

Saya percaya pendekatan yang lebih mesra dengan kanak2 atau remaja adalah cara terbaik untuk mendekati mereka secara halus seterusnya menjalinkan ukhwah yang berpanjangan dan berkekalan. Oleh itu, terkadang kalau mereka terlebih meminta, kita perlu juga tegas dalam sayang, dengan berniat untuk menghindari garisan melampaui batas. Ada satu saat juga kita perlu menggunakan psikologi dimana mereka perlu faham situasi yang sebenarnya apabila mereka berada di sesuatu tmpt() cth : masjid, bukan tempat utk berlari2, bising dan sbgnya)

Gambar ini saya kongsikan bersama sepanjang daurah . Kumpulan saya mendapat kumpulan terbaik(cayalah Khalifah Junior) .. hehe berkat dari mengajar mereka membuat sketsa anak derhaka.. sangat mencuit hati...sayangnya tak rakam.

kami kumpulan 1 khalifah junior... cewah nama kemain.. tu pun spontan je keluar

fasi fasi berkaliber

sal dan anak2nya.. comel ajer

fifi bsama kump fatimah azzahra

abg amin yg sama2 duduk dgn saya di tadika.. fasi laki yg lain sume da ada komitmen(berumahtangga)



comel je baju melayu pink tu

nota kecil : biasanya, bila kita cakap kita kena buat, kita buat kita kena selalu, dan itulah yg perlu dipraktikkan oleh saya, solat dhuha, zikir2, dan slot2, moga jadual kem daurah mjadi jadual harian kita semua..



No comments: