Sunday, December 7, 2014

Kem aritu

Salam semua,sihat?

Huhu, sebenarnya kan aku cadang nak wat cenggini, abis je setiap hari kem, aku post entri, tetapi aku telah membazirkan masa dengan melepaskan lelah setelah penat melayan dan mengajar anak2 kecil di taman pesona mekar tu(eh, membazir ke?haha)

All in all, untuk hari pertama, cuakla, sebab aku last jadi fasi masa 2012 ngan ameer wafiq,(jadi fasi luar, ada je aku jadi fasi utk program kecemerlangan ting 4 awal tahun ni , but lom lg utk kanak2 7-17 sblum 2012) Makanya aku sangat bersyukur sebab ada kawan2 samsmel bersama2 memperbaiki satu sama lain. And ofkos, fasi yang taun lepas utk kem ni turut serta iaitu, Kak Shiro. Dalam kem ni diorg panggil ustaqz ustazah, to be honest, tk biasa sgt dengan panggilan tu.. Aku biasa panggil abang je, Abg anas, gitu gini gitu gini... but bila dah asyik sebut2 ulang kali, dah ok hekhek.. Cuak tak cuak, aku memang suka dengan budak2. Maka memang aku perlu menarik perhatian mereka dengan pelbagai cara. Bahasa pun kena mudah, kotnya ko bagi bahasa dewasa, budak2 tu pun tipu ko je wat2 faham. Hahaha tanya balik tetiba kata eh tak paham pulak.. Satu lagi kalau kanak2 ni adalah pertanyaan mereka selalu buat otak kita ligat nak pikir, aku bukanlah, but kalo parent yg jenis malas nak jawab apa yg anak dia tanya sebab anak dia nak tahu(walaupun agak annoying) , kita kena jawab dengan betul2, jawab apa yg kita tau, kalau tak, jawapan kita menjadi isi2 dalam diri mereka nanti, dan ofkos, mereka akan cakap "ibu yang cakap tu, ayah yg cakap camni" . Kadang2 soalan pelik, ko kena juga cari jalan jawapan utk diorg leraikan apa yg diorg tak faham. Best kan dengan kanak2 ni, rasa cam happening gila , tapi bila balik je asrama malam2, rasa sengal2 lenguh2... adakah ini tanda aku meningkat usia? oh tidak. sila kata tidak hehe...

Range umur peserta yang datang kem bestari solat ni adalah dari 7-17... but yg paling muda 5 tahun lelaki pun ada gak, perempuan paling tua skola samsmel 15 tahun dan lelaki paling tua 12 tahun.. disebabkan kem ni hanya membenarkan org2 dari perumahan tu je, maka byklah adik2 beradik mereka join.. senang aku nak kenal... ada kembar.... haha... citer pasal budak kembar tu, diorg kata mak diorg gembar gak, dan atuk diorg kembar gak ,, haha muzammil dan muzakkir.... rindu pulak diorg, zakuan, ammar, ammar, ammar, ammar... Ramai gila nama ammar kat situ, ada 5 kot... aku bila nak pandang muka diorg nak suruh senyap, tup2 panggil nama sama aje, ammar,  hah ammar tu, ammar yg tu plak perlahan sikit.... haha .. raziq n aiman paling aktif I must say... paling selalu gaduh, paling selalu cepat baik, kawan apelah aku pun taktau... salah sorang tu kalo x menangis dlm satu hari tk sah. hehe.

ada time tu aku suruh diorg lukis muka aku , hehe lawaklah, comel je.. ada yg lukis nama aku USTAZ ANAS FIKRI haha.. papepon aku dah tak jumpa dah diorg,, kena pegi kem daurah remaja plak kat Banting. Bye2 semua maassalamah, jap je lagi nak pegi ni.

nota kecil : aku ada bagi no kat group aku, and to my suprise, aiman tak jumpa aku semalam, dia nangis. hehe jgnle nangis, nnti ustaz bg choki2, eh tak nak? ustaz makan sorang~

No comments: