Monday, February 16, 2015

16 Feb

Hello salam guys

The fact yang aku mengajar petang di sekolah kafa sudah pun korang tau. Perjalanannya dekatlah juga, aku naik basikal. Masalah yang aku nak beritahu kat korang ialah, basikal itu berwarna pink. Which is aku sangat tak selesa untuk dilihat orang dengan warna sebegitu. Aku ok je, hmm tapi harini bebudak kat sekolah itu lagi2 budak kelas aku telah melihat aku memakai basikal itu. Aku pun nak tergelak juga tau, sebab kan , aku parking gilaaaa jauh kot(semata2 taknak bagi diorg nmpk!)

Tetapi ada seorang budak yang dah tahu aku nyer rumah dekat dgn dia, dan decide nak balik sama2 ngan aku, sebab dia pun naik basikal gak, basikal diorg ni kan sume canggih2, kaya betul mak bapa diorg, ok jadi budak tu namanya Syafiq, tembam orangnyer,

So the story starts gini, aku nak balik lah kan, dah abis ngajar, aku selalu amik lorong yang budak2 tu tak ikut tau, tetapi si syafiq tu nampak aku lalu dia kata"ustaz2, tunggu saya pun nak balik sama dengan ustaz"

"Hah, watpe lak?" aku nak endahkan aje budak ni tapi aku terus berjalan tanpa melihat belakang, tetiba, datang lak kawan dia, farhan ngan amzar yg sedang berbasikal gak. aku time tu nak gi ke parking basikal aku yg jauh tu

"weh syafiq jomla gi cc"amzar bgitau
"xnaklah, aku nak balik dgn ustaz ,korg pergilah " syafiq mnolak dan dlm masa yg sama aku cam, huuuhh malasnyer ni

tetiba diorg ikut si syafiq tu tau, dan sama2 menuju ke tempat parking aku tu, si syafiq tu mmg da tau basikal aku yg pink tu, so bila nak sampai dkt basikal , dan dia pun nmpk dri jauh,
dia pun kata"tu hah basikal ustaz, jauhnyer"

aku pun masukkan baju melayu aku dalam beg dan terus bertukar dari kopiah kepada topi, dan bukak kunci basikal.

lalu setelah diorg si amzar n farhan menemani aku ke basikal dimana aku agak segan disitu, diorg punbalik sbb rumah diorg btentangan dgn kwsn umah aku ngan syafiq,

aku pun kayuhlah basikal sambil di blkg aku si syafiq pun berbasikal gak, aku rasa cam tak selesa tau, asik2 pandang belakang(dimana aku tak suka nak menoleh2 ni, da la basikal wane pink kan hahaha)

"syafiq, awak kalau nak pintas ustaz, pintas je" aku mmberi hint supaya dia cepat je meninggalkan aku, haha. tpi still lmbt tau! huh, rumah aku dkt lorong 3/10, rumah si syafiq 3/8 (dekat dengan irfan rani) so da sampai umah aku, aku pun tulisla post ni skrg, and to make things worse adalah si syafiq tu dtg umah aku memanggil "ustaz2" hahahaha

oh ye lupa tadi kan aku baru aje merotan dak2 kelas aku, syafiq n farhan, tapi diorg still macam biasa aje bila bcakap ngan aku. hahaha whatever. best la rotan , dari bising terus mengikut arahan. tapi takdelah smpai bbirat pun tg diorg, biasa je. haha nnti aku bawa roti pnjg

2 comments:

cikbibcome said...

Assalamualaikum.

Dah lama sungguh cikbib tak buka blog Anas, but you know what, I like your 2015 posts. I like your languange (both BM and English) and the way you write. Keep on writing!

Anas muhamad radzi said...

Thank you cikbib, gembira cikbib kata gitu hehe.Jgn xtau, Anas adalah silent reader cikbibcome. Hehehe