Tuesday, February 17, 2015

17 Feb

Salam semua,

Harini takde suara... keluarkan banyak suara pulak masa mengajar tadi, akhlak,feqah,sirah, tajwid. Harini plak si syafiq tu balik lagi dengan aku. Haiyooo aku sangat berharap dia tidak buat keputusan itu selama aku mengajar disana , .. kalo sebelum ni 2 kawan dia amzar n farhan tengok basikal tu, tadi amzaar n bukhori plak. Tapi tak kisahlah..

Tadi masa ak ngajar feqah bab puasa, ada satu bahagian iaitu perkara yang membatalkan puasa yg aku susah nak terangkan. 1, yg bersetubuh di sinang hari untuk suami isteri, dan yang lelaki keluar air mani dengan sengaja tu. Seganle jugok tapi memang kena tahu so aku tekankan juga dalam masa yang sama taknak bagi diorg fikir jauh sangat hahaha

Aku pun pening gak nak kena ajar amal islami ni, satu, kena cari budak khot. satu lagi kena ajar budak khutbah. masa ustazah noridah tanya aku ada pengalaman nasyid tak? ke pengalaman main percussion? aku cepat aje geleng... mungkin nak mengelak hihi tapi mmg taktau pun.. nak cari budak dan nak ngajar bdak khot lagilah, tulisan khot pun cincai je. Haha itu je kemain tadi diorg gembira bye ustaza jumpa minggu depan.. sebab diorg cuti raya cina khamis n jumaat. rabu koko so mmg x akan dtg skola.

No comments: