Tuesday, May 5, 2015

Kisah cintaku dengan Insya'

Tetiba rasa nak kongsi cerita ni, masa jawab periksa Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), subjek insya'(karangan bhs arab) dan mutolaah(jwb berdasarkan petikan)

Truth to be told is, aku memang lemah bila nak menulis karangan , lagi2 bahasa arab, hahaha, aku kalau nak mudah aku hafal contoh karangan. Aku telah applykan cara aku ni semasa jawab Sijil Menengah Agama masa Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia masa Tingkatan 5(arghh stress tengok skemanyer aku tulis sume benda ni tnpa ber'short form'haha)

So, aku ingat, cam mudahlah kalo aku applykan contoh karangan bahasa arab ke dalam subjek insya' ni, which is absolutely wrong! Hancur lebur habis barai aku punya insya'! ( ̄ε ̄*)

Sebab kenapa? Yang aku hafal tu, contoh karangan yang memang siap2 kosongkan tajuk so kalau dapat apa2 tajuk masa periksa, kita leh isi kekosongan as to fit the content. Dan sebab dia nak bagi semua tajuk fit dengan isinya, mestilah dia kena buat umum dan menyentuh semua aspek dengan secara surface sahaja, tak terlalu spesifik dan detail. Makanya kalo insya' ni, dia punya patah perkataan banyak kot. Dan memang tak padan dengan apa yang aku hafal, sangat sikit patah perkataan aduyai nyelahpunn. Dah nama pun sijil tinggi kan haha memey payah kalo x tau cara2 betulnya.

Nak dijadikan cerita, peperiksaan pertengahan tahun aku , untuk subjek Insya'&Mutolaah aku dapat 13% ! Aku tak expect markah tu tapi aku tak terkejut dapat markah tu hahaha entahlah, masa tu memang suis otak aku tak on! Dan tak berada di dalam mood ready lagi. Apatah lagi aku tak jawab Ujian Prestasi masa awal tahun dulu(sebab debat KAMIL Zon 3) so, clearly to say that I'm unaware of how the scheme's examination lol and just ended up failing myself hukhuk ( ◉ืൠ◉ื)

Aku agak frust juga sebab cam tak pernah jangka yang karangan bahasa arab aku teruk sebegitu, so aku mula mengkaji kertas periksa kawan2 yang lain, yang gempak Insya',(nasrulloh zamanhuri) , and aku terfikir, mana dia tau sume ayat tu hah??? Adakah dia menelaah kamus bahasa arab setiap hari seperti aku menelaah kamus bahasa inggeris? Haha so aku pun mula rajin untuk membuat ayat dalam bahasa arab setiap hari( tak konsisten lalu mereput sebegitu sahaja haha)

Masa Peperiksaan Percubaan STAM pun aku gagal juga, 36%, sanad sedey maaa, tapi aku tak putus asa dan sebab masa tu kelas kami sangat rancak mengajar sesama sendiri(kitorg pilih diantara kitorg semua guru2 untuk setiap subjek)

Masa takde guru(memang takde cikgu selalu pun dimana aku selalu habiskan kebanyakannyer utk tidur) kitorg banyak curi masa tu untuk mengajar, masa Insya' paling aku tunggu and fortunately penerangan yg hadfina begitu useful so aku simpam dalam kepala otak bagi tepu(aku selalu tulis nota, tapi selalu tak tengok so kebanyakan benda aku selalu ingat cepat in case dalam insya' ni, memang semua aku amik tipsnyer haha alhamdulillah)

Nak dikatakan semasa hari yang ditunggu2 aku menjawab Insya' Stam tu, hari sebelumnyer mmg aku da siap hafal karangan backup(hadfina tak galakkan sebab hafal karangan buatkan kita terikat dengan ayat dan tak boleh nak gunakan ayat kita sendiri) , tapi masa aku jawab tu, memang tak ingat langsung apa yang aku hafal, makanya masa aku tengah jawab insya' tu, memang 100% adalah ayat aku which is aku memang tak expect ayat karangan dalam bahasa arab aku memang ohsem sampai aku sendiri rasa cam tak percaya haha, sebab aku sangat gembira dapat curahkan segalanya dalam kertas soalan tu(time tu idea mencurah gilak, sume burhan-bukti, dalil aku bg) sangat lega alhamdulillah sangat.

Aku tak expect insya' aku mumtaz pun, sebab , ye la, takkan ko nak harapkan markah aku yang dari rasib tu nak menaik terus meninggi mumtaz kan, tapi aku sangat berpuas hati masa tengok kat sijil stam subjek insya' aku dapat Jayyid Jiddan. Huhu penat bercerita, banjir air liur dah, haha tq sapa yg baca,sila print dan bagi kawan lain baca. Haha

2 comments:

Aine Martin said...

Boleh x kalau kite nk mintak tunjuk ajar ?

Aine Martin said...
This comment has been removed by the author.