Thursday, July 9, 2015

Daily Routine

Salam huhu..

Kat sini yang jaga kebajikan kami ialah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM- jangan sebut bekasem, tapi kena sebut bekesam-p/s:aku asik2 tsebut sebutan yang salah hukhuk dan senior asik betulkan)

Setiap negeri ada badan kebajikannya. For example, Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir(BKAWM-ini sebut bekewam) dan negeri2 lain sampailah Sarawak pun ada huhu. Ada yang kat hayyu sabi’(tujuh) which is tak jauh dari asrama Selangor ni macam Kelantan and Negeri Sembilan. Kitorang kat hayuu 'asyir(sepuluh). Setiap badan membawa peranan yang penting selepas organisasi induk yang bertindak mengawal SEMUA pelajar Malaysia di Mesir diBEKUKAN iaitu Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM- sebut 'pemeram' )

Motip aku nak citer pasal bkasm? Sebab mereka selalu mengadakan pelbagai slot-slot tazkirah ataupun pertandingan yang menarik. Dan korang tengokkan poster yang aku attached tu? Hahaha well seperti biasa minat aku ialah pantun.. Maka aku akan serta pertandingan ini! Haha dan aku harap takde penyertaan lain selain daripada aku huhu . Hope dapat hadiah haha

Jadual harian kitorg macamni dekat mesir semasa Bulan Ramadhan, in case some of you would like to know how our daily routine huhu

Sini, malam dia pendek. Subuh pukul 3:15 gitu or so. Jadi kitorg if dah abis solat taraweh n lepak2, kalau pukul 11 tidur sekejap je lepastu bangun kul 2:30 untuk sahur. Sahur dekat dur(floor atau tingkat.. Sini ada 5 tingkat dan aku tingkat 2) di rumah masing2. Setakat ni aku n kawan serumah dgn aku yang Sebaya iaitu Hazman, tak berkesempatan lagi untuk mencuba skil memasak, sebab bangun2 je abang senior dah tolong masakkan. Aku rasa musyrif kitorg ni memang baik hati. If syakir(kawan samsmel) rumah dia(dur dia sama ngan aku tapi rumah lain), abang senior dia suruh mahasiswa baru masak . hukhuk kalau aku ,nak bangun tu pun payah haiyo apatah lagi nak mengerah kudrat untuk memasak tapi itu yang kena start mula sekarang. Mohon tabah anas haha. Lepas abis sahur tunggu subuh then solat berjemaah dekat surau. Lepastu, ada tazkirah, dan kemudiannya tadarus ikut dur masing. Habis dalam lebih kurang pukul 5. Kemudian pukul 7 ada kelas persiapan imtihan qabul(periksa imtihan qabul ni macam muet. Ada reading ada speaking ada listening ada writing..,haha kecuali dia utk kemasukan ke al azhar)

Semua pengajar kitorg adalah orang arab. Sama ada orang mesir, madinah, yaman dan lain2. Masa kat daurah sebelum pergi mesir pun orang arab juga ajar. One thing is, kita akan cuba dengar dengan betul2 since arab bukanlah bahasa pertama kita. Nak faham tu kena dengar teliti. Kena peka. Which is good dan dalam masa yang sama improve our vocab and style in speaking arabic cuz we got to know the real example right?? Hahaha tapi masalah aku adalah setiap kali nak cakap arab, aku akan nak cakap bahasa inggeris. Tulah anas, selalu tengok bahasa inggeris sangat haha. Kemudian pukul 11 abis kelas. Setiap hari ada kelas kecuali jumaat. Jumaat je takde yang lain sume belajar cam biasa. Abis pukul 11, menunggu waktu zuhur, kebiasaanya masuk pukul 12. Lepas abis solat zuhur kat surau, naik bilik dan free time sehingga asar. Asar masuk pukul 3.30. Lepas abis solat asar dan bacaan ma'thurat, free time dan nunggu untuk bbuka. Time ni kat Malaysia, biasanya ramai dah tidur sebab pukul 12 or 1.Lepastu solat isya n tarawih 8 rakaat. Then tidur. Done alhamdulillah! ,(tapi ada yang lepak dekat d.e cafe sebelum tidur- darul ehsan cafe)

1 comment:

cikbibcome said...

Mesir ni lambat dalam 5-6 jam ye Anas? Betul? Alhamdulillah dapat senior rajin masak, tapi kalau semua malas masak, you all makan roti ajalah...semoga dipermudahkan semua urusan Anas.