Saturday, August 22, 2015

Of 21st August and USRAH

*Updated 22nd august(sikit jer)


Salam. Cerita harini plop. Ekceli cam ngantuk gak. N skrg ni kat 'asir(kat luar tgh minum 'asob)…

Pagi tadi bangun seperti biasa solat subuh, lepastu agak ngantuk masa maathurat tu jadi tidur jap lepastu, then telah terlepas gotong royong dur(sori kepada ustaz badr, and to my dur too)

Lepastu ada perjumpaan dekat surau which is rombakan terhadap usrah sebelum ni. Jadi group usrah aku dengan ustaz hafiz rasimi telah berakhir dan ustaz nazim bahnan telah jadi naqib baru aku dan ahli2 yang baru juga. Huhu masa ta'aruf berkenalan dengan ahli usrah baru, asyraf pada harini telah masuk 20 tahun umurnya. Jadi ustaz cadangkan sambut hari lahirnya pada malam hari nya di pizza master . Aku pun gembira la jugok since hari jumaat food on our own(means bilik2 xkan masak, carila makanan sendiri) huhu

Selepas perjumpaan usrah tu, aku pergi ke kz, ke atm hsbc, nak kuor duit. Tapi tak boleh keluar. Aku risau gak. Duit dah la kering, takleh keluar pulop. Maka setelah puas mencuba berkali2 tak boleh aku balik ke imarah semula melalui suq sayyarat tu.(banyak benor kereta org nak jual.) And then bersiap2 utk solat jumaat.

Lepas abis solat jumaat, kami semua kena tunggu dekat bawah imarah, ada medan kalam( setiap jumaat minggu tertentu, ada perbincangan oleh ustaz senior tntg iau semasa negara malaysia, antara sebelum ni yg dibincangkan ialah TPPA) Penceramah iaitu ustaz mukhzin pada hari ni telah mengulas tentang kejatuhan matawang negara kita malaysia.   Dan bagaimana kita sebagai mahasiswa mengambil cakna tentang isu ni dan tindakan yang perlu dibuat. 

Selesai medan kalam, ingat nak makan dekat d.e cafe tapi ustaz badr telah membeli makanan dan baik hatinya memasak utk bilik kamk. Maka, aku dan bilik aku makan dengan apa adanya  alhamdulillah. And then, lepas asar, aku ajak syak utk pergi sekali lagi keluar kan duit kat kz kat hsbc selepas syak citer yang ustaz zahir kuar duit boleh aje..

Sampai je kat situ, aku cuba kuar duit. Takleh gak. Then syak buat. Boleh! Haiyo.. Aku agak masalah kad la kot agaknya. Well, xpela sebab tadi baru ustaz syafiq bagi 100 geneh kat pelajar ilmam. Tapi still, aku nak simpan duit tu sebab xnak boros. Jadi aku dah hubungi ayah utk tolong bantu selesaikan masalah kad hsbc aku tu.

Ok selepas tu, masa lepas maghrib lepak bilik jap tunggu isya' then ada liqa' plak kat surau. Makanya solat isya' di bilik dan berkumpul kat bawah tunggu ustaz nazim sebelum pergi ke pizza master. Ustaz nazim ajak kawannya ustaz nazif.

Kenyang juga,huhu. Alhamdulillah. Then, minum 'asob dekat asyir, sambil dengar cerita acap masa dia belajar di yaman. Sana'a... sebelum pulang ke imarah which is where i am now. Ok sekian ngantuk hehe.. Gmbar ada. Lupa nak gitau.. Masa kitorg kat pizza master, hazman , syafiq nasir , nabil rusyaidi, n syak pun dtg makan kt situ gak.. Ecewah saje je nak sama tempat haha


2 comments:

cikbibcome said...

Anas, "minum Asob di Asir" tu apa?

Anas muhamad radzi said...

Sori cikbib anas lupa nak ckp yg tu.. Asob tu air tebu.. Asir tu tempat gerai jus.. Banyak buah2 dia terus proses jadi jus.. So memang pekat2 kalo rasa especially mangga.