Sunday, September 27, 2015

Klasik

Tetapkan aku susuri cerita cinta berselirat,
Meladeni satu persatu birai malam syahdu,
Menghayati terik emosi yang mungkin kecewa kau temui,
Telah aku sorokkan kepingan air mata,
Darimu moga apa yang kau lihat adalah aku yang biasa dilihat,
Sedang rasa hati dan gelojak ini bukanlah untuk di sembunyi,
Tetap aku susuri, cerita ini.

Meniti kisah liku-liku pedih kalbu,
Rindu yang sendu tiada terucap,
Terasa opera kasih kerap di ulang tayang,
Sedih.
Hanya terakam di minda buat suatu masa yang tidak mungkin berlaku,
Bisu membunuhku namun tetap tidak terlangkah padamu.

No comments: