Thursday, September 3, 2015

Of today and KEMAS AND MENGANTUK JE KEJENYER

Assalam. Huhu skrg pukul 11:25 malam. Dalam mood mengantuk sangat. Sebab baru abis kemas bilik. Esok ada pelajar medic dan qiraat akan masuk ke bilik kitorg. Aku telah mengerah tenaga untuk membersihkan bilik bersama syakir dan rakan lain.

Cerita hari ini dimulakan pergi ke kedia bun manis seperti biasa. Then terlepas bas, maka naik bas lewat dan sampai ke markaz lewat. Muka ustaz jabal agak stress disitu haha, tapi nak wat camne. Takkan nak cakap faster faster ya 'ammu !! Hahaha

Masa rehat makan bun manis tu then ada kawan2 menghilangkan diri pulang ke imarah(means ponteng ler..pergi markaz setengah hari). Aku rasa simpati dan kasihan sebab duorg ikutkan kata hati dan hawa nafsu untuk berehat di asrama biarpun belajar takdelah meneran tenaga sangat. Duduk dengar ustaz ajar je pun. Apa2pun, apa apa boleh berlaku. Tarikan dari pelbagai sudut datang dan pergi kan. Kita la yang kena kuat. Tu yang setiap kali aku n syak pergi ke markaz dalam perjalanan masa pagi2 masing akan ingatkan utk tajdid niat. Kalo hari ni aku x ckp syak akan ckp, kalo syak  x ckp aku plak yg igtkan untuk bersihkan niat pergi ke markaz kerana Allah. Duit yg ibu ayah bagi dari jauh tu bukan senang2 kita wat bazir cam air kan. Ustaz majdi citer, kita taktau camne ayah n ibu kita dapat duit utk bagi kita, yg mana kalau kita guna sia2 , lebih afdol bagi adik beradik kita yg lain yg lagi memerlukan. Hmmm tulah ayat yg wat aku kena teguhkan pendirian kat mesir ni.

Banyak citer pulak kan rini haha. Then lepas rehat kelas ustaz majdi tak belajar, just borak2( pelajar bawa kerusi ke depan wat bulatan mengelilingi ustaz. Borak2 tntg perempuan di mesir, skrg dan kini. Dan cerita tntg perempuan, mahar dan sebagainya .ada juga wat muqaranah(perbezaan) bbnding perempuan di mesir dan di malaysia.

Balik ke imarah dan syak plak yg masakkan mknn tgh hri. Nasi goreng ikan bilis goreng umpph.. Gempak kan nama aku buat.. Haha.. Petang pergi ngaji quran dekat tempat baru. Bukan dekat masjid syarbini lagi dah. Ok la bg aku. Huhu .. Balik ke imarah tolong faiz masak makan malam. Sebab ustaz badr xde so aku jd pembantu aje. Menu harini sardin. Sama macam semalam. Ustaz luham masak semalam giler sedap le aku cakap sardin dia. Kuah dia tomato masam manis. Menjilat jari hehe. Mungkin itu adalah mesej kepada aku “anas masak elok2 jgn bg hangus ke keje "hahahaha

Then, wat gotong royong bilik.. As told.. Dan penat gila boboi.. Ni gambar bilik aku.. Yg ada teddybear tu katil aku haha. Pemberian kak mirah masa kat malaysia.. Aku xnak bawa tapi bila da ada kat mesir ni syg gile kat teddy bear tu sbb bila tgok teddy bear tu teringat kat family n malaysia n semua yg ada. Huhu.. Harapan aku ialah x nk balik ke malaysia selagi mana aku x abiskan pegajian aku.. Doakan yg tbaik disini..

No comments: